5 Langkah Terbaik menjadikan bidang Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan dapat dijadikan rutin dalam aktiviti harian.
Dalam era millennium dan serba canggih kini, semua golongan manusia berlumba-lumba untuk menguasai dan memahirkan diri dengan penggunaan ICT dalam kehidupan harian sama ada yang bergelar pelajar mahupun yang sudah bekerjaya. Justeru, terdapat langkah-langkah yang perlu diterokai dan didalami oleh mereka terutama pelajar untuk memastikan bidang Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan dapat dijadikan rutin dalam aktiviti harian. Saya ingin mencadangkan 5 langkah untuk menjadikan perkara tersebut menjadi kenyataan.
Langkah yang pertama ialah pendedahan kepada pelajar. Ini bermaksud pelajar diberi pendedahan tentang penggunaan ICT dalam rutin harian mereka. Sebagai contoh, pelajar perlulah mahir dalam menggunakan internet dalam mencari maklumat untuk menyiapkan tugasan mereka di sekolah ataupun sebagai rujukan tambahan supaya mereka lebih memahami tajuk pelajaran yang diajar oleh guru di sekolah.
Seterusnya, langkah kedua ialah penjaga perlu memainkan peranan yang penting untuk memastikan bidang Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan dapat dijadikan rutin dalam aktiviti harian. Ini membawa maksud, penjaga menyediakan alat-alat ICT yang boleh digunakan oleh anak mereka sebagai rutin harian. Bukan sahaja di sekolah mereka dapat menggunakan alat-alat ICT, malah di rumah pun, mereka dapat menggunakannya sebagai alat komunikasi dan pembelajaran harian mereka dan dapat dijadikan rutin dalam aktiviti harian.
Selain itu, langkah ketiga yang saya ingin cadangkan ialah lebih banyak waktu di sekolah dalam sesi pengajaran dan pembelajaran ditumpukan tentang kepentingan dan kelebihan penggunaan ICT. Sebagai contoh, dalam pengajaran Biologi, setiap zarah-zarah yang halus yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar atau mikroskop dengan aktiviti di makmal, pelajar boleh diberi gambaran atau video tentang pergerakan zarah-zarah ini meggunakan alat-alat ICT. Semestinya pembelajaran mereka lebih menarik dan berguna dan ia akan menjadi rutin dalam aktiviti harian pelajar untuk cuba mendalami dan memahami setiap konsep dalam pembelajaran mereka dengan menggunakan alat-alat ICT yang disediakan di sekolah atau yang sudahpun mereka miliki di rumah.
Selain itu, langkah keempat ialah kempen atau program kesedaran kepentingan ICT di sekolah. Program-program ini dapat menarik perhatian mereka untuk menggunakan kemudahan ICT yang tersedia untuk mereka dengan lebih maksimum. Pelajar akan menjadikannya sebagai rutin apabila mendapati dan menyedari bahawa dengan penggunaan ICT dalam bidang Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan, kehidupan harian mereka akan lebih mudah dan menarik.
Langkah terakhir ialah kerajaan sebagai agensi yang bertanggungjawab memberikan kemudahan kepada pelajar perlu memberikan alat-alat ICT yang canggih di sekolah supaya pelajar akan lebih mudah memahami sukatan pelajaran mereka. Ini dapat dijadikan sebagai satu realiti apabila kemudahan-kemudahan ini bukan sahaja dibenarkan digunakan di sekolah, malah pelajar dibenarkan membuat pinjaman alat-alat ICT supaya ia menjadi rutin mereka setiap kali ingin menimba ilmu.
Langkah-langkah diatas amat penting untuk memastikan teknologi dan inovasi berefektif dalam pendidikan
ReplyDeleteini merupakan salah satu langkah yang bagus untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian terutamanya dalam kalangan pelajar untuk memberi pendedahan mengenai ICT dan setursnya dalam melahirkan generasi yang berkemahiran dalam ICT.
ReplyDeletetopik perbincangan yang menarik :)
ReplyDeletepenggunaan teknologi dalam rutin harian adalah bagus kerana dapat membantu manusia menjalankan aktiviti harian dengan mudah.
ReplyDelete1. penggunaan telefon android mempunyai banyak fungsi seperti menyimpan data,diari atau reminder.
2. penggunaan komputer dalam bilik kuliah yang kerap membantu mendedahkan pelajar aplikasi teknologi.
3. penggunaan internet juga dapat membantu bukan sahaja pelajar malah semua jenis pengguna dalam mengakses maklumat
langkah-langkah yang amat bernas :)
ReplyDelete